top of page

Review Kdrama: Kiss Sixth Sense (contains spoilers)

Starring : Yoon Kye Sang, Seo Ji Hye, Kim Ji Seok, Lee Joo Yeon, Tae In Ho, Hwang Bo Ra, Kim Ga Eun, etc.

Bil. episod: 12

Channel: Disney Hotstar

Genre: Fantasy, Romance, Comedy


Awalnya tertarik dengan drama ni sebab male leadnya, Yoon Kye Sang. Maybe ramai yang tak kenal dia sebab dia ni dah kira "ahjussi" tapi dia sememangnya bagi Admin dia adalah salah seorang pelakon A-list yang memang berbakat sebab dia memang terer menjiwai watak dan boleh berlakon pelbagai karakter.


Setahu Admin, citer ni diadaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama, tak pernah tau pasal webtoon tu & tak berminat pun nak tau, so Admin just focus pada versi dramanya saja. Citernya ada unsur fantasi sebab both leads mempunyai extraordinary ability, sorang boleh nampak future bila bercium (Hong Yesool) & sorang lagi semua derianya terlebih peka (Cha Minhu). Admin panggil dorang Sense Couple hahaha.


Hubungan both leads adalah boss & staff, juga mentor & protegee tapi disebabkan sikap CM yang cerewet & tegas, HY jadi menyampah dengan dia. Drama ni memang banyak unsur komedi + adult romance + sedikit unsur misteri. Senang citer, pada Admin drama ni menarik & menghiburkan. Oleh kerana majoriti pelakonnya adalah kalangan pelakon senior jadi memang takde problem dengan kualiti lakonan la, chemistry both main leads memang superb, malahan chemistry 2nd cp & 3rd cp pun semuannya menarik, dan paling penting semuanya dapat happy ending, no stress hahaha.


YKS banyak bawa karakter berat sebelum ni, so rasa fresh bila dapat tengok dia bawa watak komedi, dah lama tak tengok karakter komedi dia since "My Sister In Law is 19 Years Old." Tu drama pertama Admin tengok dia berlakon jadi budak sekolah & rupanya itu jugak drama debut dia. Asalnya Admin tengok drama tu sebab actor lain, but ended up jadi fan YKS plak akhirnya lol. SJH pun ni kali pertama Admin tengok dia bawa watak komedi, menjadi pulak tu. Thumbs up la untuk kedua-duanya.


Tak sangka jugak dapat tengok Tae In Ho yang selalu berlakon jadi antagonist bawa watak comedy, cute pulak tu hahaha. Kim Ji Seok plak bawa watak Pilyo, ex HY, memula rasa annoying dengan karakter dia tapi lepas tu jadi kesian pulak then finally ship pulak dia dgn Oh Jiyoung, cp ni pun boleh ada citer menarik tersendiri.



0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


Post: Blog2_Post
bottom of page