top of page
Person Writing

Blog

Section untuk posting suka-suka, membebel & yang sewaktu dengannya.

Blog: Text
Blog: Blog2 Custom Feed

My Tripod Blog

Blog Admin masa study kat Jepun dulu.

Blog ni dah 20 tahun usianya & Admin tak sangka ia masih boleh diakses walaupun sebahagian besar imej & background ada yang dah hilang. Tapi, Admin tak kesah sebab yang penting apa yang Admin tulis masih boleh lagi dibaca. Blog ni sangat bermakna bagi Admin sebab ni la kali pertama Admin belajar pasal blogging (ikut teknologi zaman tu la haha) & Admin sangat seronok menulis tentang pengalaman & life Admin sebagai student kat sana. Sapa yang berminat nak tahu, boleh la tengok-tengok. Tapi Admin bagitau awal-awal ya, penulisan Admin kebanyakannya memang panjang ngalahkan esei, bukan macam karangan biasa, korang kena spend some time untuk membacanya. Harap korang enjoy dengan cerita Admin hahaha.

Blog: HTML Embed
tripod.JPG
Blog: Image

Live Journal

Siapa pernah dengar atau tahu pasal livejournal? Dulu, masa muda-muda (hehe) Admin agak aktif sebagai fandom blogger kat livejournal ni, posting pasal Jpop idols yang Admin suka, especially V6 & KinKi Kids.

Kebanyakan contents Admin berkaitan dengan kedua idol groups ni, posting pasal muzik & variety show mereka. Admin agak aktif sebagai fandom translator masa tu, kononnya nak bagi sumbangan pada fandom la, dah minat kan. Masa tu seronok juga dapat belajar benda baru, iaitu ilmu buat subtitle. Walaupun Admin cuma belajar sendiri asasnya saja tapi sedikit-sebanyak dapat pengalaman baru, masa tu la Admin baru sedar bukan senang kerja menterjemah & membuat sarikata ni. Semua subtitle yang dibuat adalah alih bahasa dari Japanese ke English. Hakikatnya English Admin bukan bagus pun, main redah je asalkan orang boleh faham hahaha. Tapi sangat seronok rasanya bila kerja kita dihargai fans lain dalam fandom. Itulah ganjaran yang Admin dapat, bukan dalam bentuk duit tapi kepuasan sebab buat orang lain rasa gembira dengan apa yang kita share.

​

By the way, ada ke yang pernah dengar nama V6 ni? Siapa yang pernah minat Jpop maybe pernah dengar la kot. Mereka ni group idol juga, cuma sekarang dah disband la sebab faktor umur. Memang dorang ni baya-baya Admin jugak la, nak ikutkan leader group ni umurnya dah lebih setengah abad & mereka pun merupakan antara artis senior dalam agensi mereka sendiri. Admin kenal V6 & KinKi Kids ni masa Admin belajar di Jepun dulu, terus-menerus jadi fans sampailah sekarang walaupun dah tak aktif lagi dalam fandom. Admin sangat suka dengan muzik mereka, personaliti & variety shows mereka, best. Sampai sekarang masih simpan buat koleksi hihi. Dan, siapa sangka livejournal ni masih wujud sampai sekarang & masih boleh diakses.

Blog: HTML Embed
bottom of page