Starring: Yeo Jin Goo, Moon Ga Young, Lee So Ri, Lee Bom, etc
Channel: tvN (watched on Disney's Hotstar)
Bil. episod: 16
Sinopsis: About 20 years ago, Eun Gye-Hoon’s twin sister went missing. He is now an adult and works as a chef. Eun Gye-Hoon decides to open a restaurant where his twin sister disappeared. One day, he suddenly shares No Da-Hyun's emotions like joy, sorrow, and pain. Meanwhile, No Da-Hyun is a woman without any any luck in her life. She has especially bad luck with men.
Overall drama ni menarik & unik sebab menggabungkan romance & misteri. Chemistry antara leads juga sangat bagus, pasangan link ni memang cute & sweet. Akhirnya terbongkar juga siapa dalang yang menyebabkan adik GH diculik & dibunuh. Rupa-rupanya ayah mereka pun jadi mangsa pembunuh yang sama juga. Cuma, tak didedahkan apa masalah sebenar pembunuh tu, sakit mental ke, atau memang simply a psycho. Drama ni buat kita fikir disebabkan masing-masing pentingkan diri sendiri & lalai, maka terjadilah insiden yang tak diigini tu. Tapi yang terlibat juga terima karma & akibat dari perbuatan sendiri, so pengakhiran cerita ni overall memuaskan hati.
Yang penting link couple bersatu semula.
Amboi.. kemain lagi dorang ni...
Geram tengok dorang ni hahahaha.
Part cute bila DH tak percaya GH betul-betul dah kembali padanya. Dia ingatkan GH tu cuma imaginasinya aje.
2nd couple pun dah kembali rujuk. Diorang ni pun gemes jugak hahah. Couple polis Ji Won-Tak & Hwang Min-Joo.
Jangan tak tau ramai yang suka dengan couple polis ni hihi. Se-Jin (nama sebenar Won-Tak) juga asalnya kawan baik GH masa kecil dulu & merupakan anak kepada cikgu piano yang pernah mengajar GY dulu tapi menjadi suspek pembunuhan akibat salah faham. Akhirnya SJ pun dah berbaik dengan ayahnya semula. Kesian pakcik tu sebab hidupnya berubah 180 darjah lepas dicop sebagai suspek.
Akhirnya pakcik pemungut bahan terbuang ni dah dapat kembali anak lelakinya & bonus, bakal menantu sekali.
Rupanya keluarga DH pun ada kisah sendiri, tak sangka rupanya nenek DH tu nenek sebelah ayahnya, sanggup tinggal dengan menantu & cucu berbanding tinggal dengan anak sendiri. Semuanya ada kisah di sebaliknya.
On the way nak gi balai polis menyerah diri sebab kes lama.
Akhirnnya GH & DH dapat lepaskan beban mereka & move on. Happy ending. Mereka nampak bayangan mereka masa kecil bersama dengan GY & juga SJ.
Ending scene.
Hampir dapat tengok kissing scene lagi tapi kena disturb dengan Sis Eun-Jung & Cha Jin-Hu hahaha.
Bye-bye GH & DH, be happy okay jangan gaduh selalu hanya disebabkan dah tak "link" lagi lol. Nanti jadi macam sense couple tu pulak.
Comments