My Mandarin Journey
Jom belajar Bahasa Mandarin
The Journey
Nak tau ke? Hehe...
Bagaimana semuanya bermula...
Ia bermula daripada kiriman whatsapp yang dihantar oleh seorang kenalan yang mempromosi kelas online mandarin percuma khusus untuk beginners. Tertarik dengan tawaran "PERCUMA", Admin pun tak teragak-agak mendaftar. Kelas percuma tersebut berlangsung selama lebih kurang 2 jam melalui Zoom. Belajar asas pinyin, basic greetings & juga nombor dalam mandarin. Dapat sijil pulak tu, menarik kan? Habis kelas, terus dipromote pula dengan kursus sebenar & dipendekkan cerita Admin pun daftar le sebab berjaya digoda hahaha.
Mengenai Kunkwan
Kunkwan adalah Mandarin Training Center yang Admin join sekarang, bukan saja boleh join sebagai pelajar, malah boleh juga menjadi Brand Ambassador untuk mambantu mempromosi Kunkwan kepada orang lain pula. Headquater Kunkwan terletak di JB & mempunyai cawangan juga di KL. Ada ramai tenaga pengajar & staffs yang akan membantu so tak perlu risau. Malah Kunkwan juga mempunyai sistem & student portal yang tersendiri untuk kemudahan semua.
Kenapa pilih Mandarin
Sebabnya mudah sahaja, kerana minat. Ada minat untuk belajar bahasa ni. Kalau Chinese boleh belajar BM, why not kita juga belajar bahasa mereka, bukannya bahasa yang asing, kita sering mendengarnya cuma tak paham aje. Dulu-dulu masa kecil Admin pernah berangan nak masuk SRJKC sebab kat tempat Admin memang ada cuma Admin tak berani nak beritahu parents masa tu, takut kena marah hahaha. So, dipendamkan je la hasrat tu masuk sekolah kebangsaan biasa. Tapi memang sejak kecik Admin cenderung & suka tengok cerita cina, tak kisahlah China ke, Hong Kong ke, Taiwan ke, semua Admin belasah tengok asalkan menarik, dengan syarat mesti ada subtitle BM/BI atau yang sudah dialih bahasa ke BM la, kalau tak, mampuih tak paham.
Susah ke Mandarin ni?
Well, to be honest, it depends on you. Setiap orang berbeza penerimaannya. Admin ada pengalaman belajar Bahasa Jepun, so Admin tau jugak la susah payahnya belajar bahasa asing ni. Pada pendapat Admin, yang mencabar tentang mandarin adalah sebutannya, pronunciation sebab mandarin ni ada tone nya sendiri, kalau salah tone, boleh jadi maksudnya bertukar. Lidah Melayu ni susah juga kekadang nak sebut hahaha, kena banyak practice ya. Selain daripada tu, ya, tulisan cina juga mencabar sebab banyak strokes tapi kalau korang belajar di Kunkwan, Kunkwan ni lebih menekankan aspek belajar mandarin sebagai komunikasi (listening & speaking) berbanding skill reading & wrting, so tak payahlah risau, unless korang nak upgrade korang punya mandarin skill ke tahap yang lebih tinggi.
My 1st Contest
Ni pengalaman pertama join contest kat Kunkwan. Contest translation, saja-saja la cuba nasib, masa tu baru abis Level A. Ramai yang join contest online tu, so memang tak letak harapan apa-apa la, matlamat join pun nak tambah pengalaman je, kurang-kurang boleh dapat sijil penyertaan, tapi tak sangka pula ada rezeki menang RM50 hihihi. Dapat satu lagi extra sijil, menang Recognition Awards bersama dengan seorang lagi peserta lain. Alhamdulillah, rezeki. Bangga jugak rasanya, bersemangat nak study Mandarin lepas tu hahaha.
Belajar Menulis Aksara Cina
Selepas tamat C Level takde masa pulak Admin nak sambung D Level sebab jadual tuisyen yang padat, jadi terpaksalah Admin tangguhkan dulu D Level tu. Tapi Admin tak nak la terus stop belajar Mandarin, nanti lupa banyak so Admin buat keputusan untuk belajar sendiri menulis aksara Cina. Admin beli buku yang di recommend oleh Soo Laoshi, salah sorang laoshi yang pernah mengajar Admin kat Kunkwan. Admin beli sampai 3 set terus, bila ada masa, Admin praktis la menulis kat dalam buku tu, sikit-sikit.