top of page
Writer's pictureTuition With Me

Hati-hati dengan scammers sana-sini.

Especially voice call scammers. Tah apa-apa merepek, Admin pun pernah terkena beberapa kali dengan intipati berikut:

  • Ada bungkusan pos laju yang belum dituntut (Admin tau la barang apa yang Admin beli & sapa yang deliver, ingat orang nak percaya bulat-bulat ke...)

  • Ada tunggakan cukai pendapatan (kepala hotak dia, bila masa plak Admin kerja makan gaji nak kena bayar cukai).

  • Tetiba menang cabutan bertuah (ni lagi la alasan tak masuk akal...)

  • Tetiba terlibat dengan kes polis & kena bayar denda (ni memang nak kena pelangkung!!)

  • dan tah apa-apa lagi

Lepas dengar voice call merepek tu, jangan lengah lagi, tutup je terus, kalau boleh block nombor yang buat panggilan tu, block je cepat-cepat. Menyemak aje. Hati-hati la, banyak sudah bentuk penipuan sekarang ni.


SMS, email atau WhatsApp msg pun sama, kalau tetiba dapat link atau offer yang tiba-tiba, jangan klik. Delete & block je, nanti tak pasal-pasal kena scam. Zaman skang ni jangan mudah percaya tawaran yang datang tiba-tiba, ada muslihat tu. Bila guna perkhidmatan internet banking pun jaga-jaga, pastikan linknya betul, sebab beza sikit antara huruf pun boleh menyebabkan kita termasuk ke laman web yang palsu yang akhirnya menyebabkan kita mendedahkan username & password secara tak sengaja, kan ke bahaya tu!!


Admin sendiri pernah 'chat' dengan seorang yang mengaku dirinya scammer. Dia ni scammer yang dikenali melalui satu sosial app. Masa tu Admin nak cari sukarelawanuntuk bantu Admin dalam satu assignment untuk kelas Mandarin. Biasa la kan, mula tu borak-borak biasa je la. Lepas tu dia mula tanya Admin tahu tak pasal bitcoin & tanya sama ada Admin berminat atau tak nak melabur. Bila dia start tanya tu, Admin dah mula suspect jugak, tapi buat-buat je la innocent, tak tahu apa-apa. Dia start promote gitu gini Admin cuma cakap ooo... ye ke... kononnya impress la dengan citer dia hahaha. Admin tau dia cuba cucuk so Admin pun bukak citer sedih nak bagitau kat dia yang Admin takde duit nak melabur sebab hidup skang pun dah cukup struggle kan. Last-last dia cakap sorry & terus ngaku yang dia ni sorang scammer. Dia cakap dia simpati dengar citer Admin so dia tak sampai hati la nak terus menipu. Sempat jugak dia nasihatkan Admin jangan mudah percaya orang (memang Admin tak percaya pun cuma tak la tunjuk, tak nak orang kecik ati kan), lepas tu dia terus lesap hahaha. Admin kalau berkenalan dengan orang melalui social media, memang tak suka dedahkan rupa & butir peribadi diri sebenar, biasanya Admin akan rahsiakan sebab nak jaga privacy & untuk elak daripada terjadi kes-kes macam ni. Kalau ditanya tinggal kat mana, jawab je la secara general atau samar-samar, jangan hang pi bagi full address kat dia, naya nanti.


Okay la, tu jela citer untuk kali ni.


5 views0 comments

Recent Posts

See All

Flu

Tak tau la apa silapnya, tiba-tiba aje malam tu asyik terbersin. Esok paginya terus kena selsema & sakit tekak. Haih... memang...

Comentarios


Post: Blog2_Post
bottom of page