Tak tau la apa silapnya, tiba-tiba aje malam tu asyik terbersin. Esok paginya terus kena selsema & sakit tekak. Haih... memang ditakdirkan nak kena la ni. Mujurlah kat rumah memang ada stok ubat selsema, ubat batuk & saki-baki gula-gula Woods.
Yang tak bestnya, penangan ubat selsema + ubat batuk memang buat orang mengantuk tahap dewa. Ya ampun, takleh bawak bincang weh, mata kuyu je sepanjang masa, mengantuk memanjang. Time nak mengajar tu, paksakan diri juga supaya sober. Sabo je la.
Lusa, dah mula batuk-batuk. Ni, kalau dah kena, memang makan masa nak baik. Tekak memanjang rasa gatal & perit. Nak telan air liur pun rasa tak selesa. Nak dijadikan cerita, pi makan pulak mi kari malam-malam buta. Sudahnya tak boleh tido disebabkan angin + sakit tekak + batuk. Padan muka.
Mujurlah minggu ni minggu cuti sekolah. Kelas tuisyen ramai yang tak dapat datang, tuisyen online pun takde, bersyukur jugak la sebab ada masa untuk rehat & dapat elakkan diri daripada mengajar ketika kurang sihat. Selepas makan ubat, Alhamdulillah, dengan izin Allah selsema dah kurang walaupun belum baik sepenuhnya. Cuma, tak sanggup nak makan ubat selsema & ubat batuk 3x sehari dah sebab nak elakkan mengantuk. Makan ubat tu waktu malam je, sebelum tido. Batuk masih belum reda, biasanya memang makan masa nak baik spesis batuk Admin ni. Lepas ni kena beli lagi stok gula-gula sore throat macam Strepsils & Woods.
Semoga Allah memberi kesembuhan sesegera mungkin. Aamiin...
Comentarios