top of page

Result HSK 2 Test Dah Keluar!!

Tengah-tengah sibuk dengan online tuition petang tadi, tetiba noticed rupanya result online exam baru-baru ni dah pun keluar, dapat pemberitahuan melalui group WhatsApp. Berdebar juga nak tengok result, takut tak berjaya capai target nak dapat A+. Tapi, Alhamdulillah, dengan izin Allah berjaya dapat full mark. Syukurlah, hasrat tercapai.


Bagi yang nak tahu, Admin sekarang ni mengikuti kelas belajar Mandarin secara online dengan Kunkwan, salah satu Mandarin Training Centre yang ada kat Malaysia ni. Admin baru je habis level C & menduduki online exam yang dipanggil HSK 2. HSK ni adalah Chinese Proficiency Test yang fokus kepada kemahiran mendengar & menulis. Sebelum ni Admin dah ambil HSK 1 selepas tamat level A pada tahun lepas.


Kalau boleh lepas ni nak upgrade lagi tapi buat masa ni Admin sibuk dengan tuisyen & perkara-perkara lain so terpaksalah tangguhkan dulu pembelajaran Mandarin. Lagipun kena buat revision semula sebelum belajar menda baru kan. Kalau tak, abislah semua berkarat hahaha.


4 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page