top of page
Writer's pictureTuition With Me

Kirin Milk Tea


Sapa pernah minum milk tea ni? Atau, at least pernah nampak kat Family Mart hahaha... Ni la milk tea favorite saya. Mula jatuh cinta kat milk tea ni masa belajar kat Jepun dolu-dolu. Bleh kata hari-hari dok beli air ni tiap kali pergi ke "kobai" (kedai kooperasi uni). Tak pernah jemu sebab rasanya sedap, tak caya, cuba rasa sendiri. Bleh ketagih macam minum kopi gak tau.


Bebaru ni ada gi FM tapi tak berjodoh plak dengan Kirin Milk Tea, tak nampak langsung kelibatnya. Dah out of stock la kot. Balik rumah, masa dok scroll Shopee, ternampaklah milk tea ni versi 1.5 liter punya, harga pun berbaloi sangat, RM18 sebotol, memang sah tergoda la nak beli. Combine sekali dengan Kirin Milk Cocoa, seller jual murah sebab dah nak expired bulan Julai ni, so beli la sekali sebab teringin nak merasa. Hasilnya memang not bad, walaupun pada saya tak setanding dengan koko Van Houten yang saya biasa minum masa kat Jepun, tapi yang ni pun sedap jugak. Sapa yang berminat, boleh la cuba nanti ya, insya Allah tak menyesal hehe...

3 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page