Semalam (10 Ogos) Admin up kat status WhatsApp pasal satu baju ni. Baju ni outer oufit yang selalu Admin pakai masa cuaca sejuk (spring/autumn/winter) kat Jepun. Admin masih simpan baju tu walaupun tak lagi digunakan (yela, kat Malaysia ni mana la ada cuaca sejuk melainkan time hari hujan hahaha) sebab baju ni dulu antara outfit terawal yang Admin beli masa baru sampai kat Jepun, so banyak la sejarah & kenangannya. Orang kata sentimental value dia tinggi la.
Baju ni memang masih elok lagi walaupun warnanya dah pudar.
Ni la outer outfit favorite Amin dulu, sering di pakai ke mana-mana, ke kolej ataupun bila pergi outing/travel. Admin selesa dengan baju ni.
Baju ni Admin beli bersama-sama dengan ex-housemate masa tu, cuma kami pilih color yang berbeza, Admin pilih warna hitam, kawan Admin plak pilih warna biru. Bila dia nampak status WhatsApp Admin semalam, terus dia pun upload foto baju dia jugak, bagitau dia pun masih ada simpan bajunya, hahaha. Jangan terkejut kalau kami bagitau yang umur baju ni dah lebih kurang 24 tahun!! Lama, kan?
Ni la status ex-housemate Admin tu. Kami juga masih berkawan sehingga sekarang.
Admin pun ada beli baju lain yang sepesen dengan kawan-kawan Admin yang lain. Yang sebijik sama pattern & warna pun ada tapi kalau kami keluar bersama, kami make sure tak pakai sekali la nanti jadi combo pulak haha.
Habis cerita pasal baju, Admin terjumpa pulak secara tak sengaja blog lama Admin yang Admin tulis masa kat Jepun masa tengah buat carian kat internet. Dan, Admin memang tak sangka blog yang "separa siap" tu masih wujud lagi sehingga sekarang! Blog yang usianya dah 20 tahun!! Pergh, masih boleh diakses walaupun ada certain image or background yang dah hilang tapi text semuanya masih boleh di baca. Blog tu macam diari la bagi Admin, Admin banyak tulis pasal pengalaman & life Admin di sana sepanjang bergelar student. Bila Admin baca balik, Admin tergelak sorang-sorang dengan apa yg Admin yg tulis, teringat balik kenangan lama. Seronok jugak bila baca semula hahaha.
Pada yang berminat nak tahu apa yg Admin tulis dalam blog tu, boleh klik link ni. Cuma nak maklumkan, penulisan Admin panjang macam esei, bukan macam karangan biasa, korang akan ambil masa untuk membacanya hahaha.
Commentaires